fbpx
Nasional

Abdul Azeez tidak berniat hina kaum India

AHLI Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau berjanji untuk tidak menimbulkan lagi kontroversi dan mengakui tidak berniat menghina mana-mana pihak terutama kaum India.

Abdul Azeez menegaskan P Kasthuriraani berhak merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kontroversi perkataan ‘gelap’ dan ‘bedak’ di Dewan Rakyat, minggu ini.

Ahli Parlimen Baling itu berkata, Kasthuriraani yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan bebas untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk memintanya memohon maaf secara terbuka.

Pada Selasa lalu, Kasthuriraani mempertimbangkan merujuk Abdul Azeez ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan perkataan ‘gelap’ dan ‘bedak’ terhadap dirinya ketika Dewan Rakyat bersidang.

Abdul Azeez dilaporkan menarik balik perkataan itu dan memohon maaf di Dewan Rakyat selepas diarahkan Yang Dipertua, Datuk Azhar Harun.


Abdul Azeez memang boleh bertutur bahasa Tamil dengan lancar dan video ini adalah rakaman ucapan tahniah kepada Datuk Seri Muhkriz Mahathir ketika pertama kali menjadi Menteri Besar Kedah selepas Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum ke-13.

 

Namun beliau berharap kontroversi itu tidak terus dipanjangkan kerana menganggap perkara itu sudah selesai di Parlimen.

“Saya harap benda ini selesai dalam Parlimen. Sekarang kita nak buat kerja untuk rakyat, bukan nak cerita macam budak tadika. Saya harap benda itu berhenti, tapi hak dia (rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan). Suka hatilah,” katanya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button