Politik

Gelap: Azeez minta maaf kepada Kasthuri

AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada Ahli Parmimen Batu Kawan Kasthuri Patto berkaitan perkataan gelap yang dilontarkan semalam.

Abdul Azeez yang telah menarik balik komennya semalam melakukannya sekali lagi hari ini. Beliau berbuat demikian selepas diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

“Saya mengakui. Saya menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf,” kata Abdul Azeez sebaik sahaja sesi Dewan Rakyat bermula hari ini.

Perkataan gelap menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat semalam apabila Kasthuri yang merupakan Ahli Parlimen DAP menuduh Ahli Parlimen UMNO itu sebagai rasis selepas melontarkan perkataan gelap kepadanya.

Malah Abdul Azeez juga didakwa bersifat seksis apabila meminta Kashturi memakai bedak. Abdul Azeez mengatakan bahawa dia juga ‘gelap’ dan tidak dapat dilihat.

“Jadi itu bukan masalah. Bagaimana saya boleh menarik balik jika saya juga gelap? ” katanya.

Abdul Azeez berkata, dia tidak berniat menghina siapa pun dengan memanggil mereka gelap dan kawasan tempat Kasthuri duduk semalam sememangnya kelam kerana kurang cahaya.

Sementara itu, Kasthuri berterima kasih kepada Yang Dipertua Dewan kerana mengarahkan Azeez menarik balik kenyataannya.

“Pada pandangan saya, dan banyak ahli Parlimen, apa pun alasan yang diberikan oleh Baling, dia tidak bermaksud kawasan itu kurang terang.

“Mengapa bercakap tentang memakai bedak?” dia menambah. “Komen itu seksis. ‘Gelap’ adalah perkauman,” kata Kasthuri.-SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button