Politik

Boleh daftar ahli Muda Malaysia dalam talian

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman melancarkan borang permohonan keahlian Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) secara dalam talian sementara menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendafataran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Mereka yang telah mengisi borang akan dihubungi kemudian untuk pendaftaran secara rasmi.

Antara butiran yang perlu diisi adalah alamat emel, nama, nombor telefon, umur, jantina, lokasi dan kawasan mengundi. Malah sehelai kemeja-T berwarna hitam dengan tulisan ‘Muda’ turut dijual pada harga RM50. 

Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, mengemukakan permohonan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)  Khamis lalu.

Ahli Parlimen Muar itu yang datang bersama-sama beberapa ahli penaja parti itu, berkata parti baharu itu tidak mempunyai had usia dan bangsa, sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.


Katanya, ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

Muda Malaysia mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai parti itu jika mereka merasakan ada keperluan untuk beranjak daripada politik masa lampau, politik balas dendam dan perpecahan selain membawa pembaharuan kepada politik negara.

antara individu yang menjadi penaja kepada Muda Malaysia termasuk pemimpin pelajar Afiqah Zulkifli; ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Radzi Tajuddin serta Setiausaha Liga Demokratik Rakyat, Amir Abd Hadi.-SM

(Visited 4,668 times, 33 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button