Politik

Ku Li yang cadangkan saya sertai DAP, kata Zairil

NAIB Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mendakwa individu yang bertanggungjawab menyebabkan beliau menyertai parti pimpinan Lim Kit Siang itu adalah veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Zairil membuat ‘pendedahan’ tersebut selepas Tengku Razaleigh dilaporkan memberi saranan kepada anak muda Melayu dalam DAP agar “tidak dijadikan alat oleh kumpulan dalam DAP untuk menguasai negara ini”.

“Beliau kemudian menambah bahawa negara ‘ini asalnya Tanah Melayu… dan tiada tempat lain di mana orang Melayu boleh pergi. Sudah menjadi kelaziman bagi pihak media untuk mensensasikan petikan-petikan tertentu tanpa konteks yang sebenar.

“Namun sekiranya apa yang dilaporkan itu betul, maka saya merasakannya pelik kerana sebenarnya Ku Li sendiri yang telah mencadangkan agar saya menyertai DAP lebih 10 tahun dahulu,” kata Zairil.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu, beliau berminat untuk menyertai politik selepas parti pembangkang menidakkan majoriti dua-pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Katanya, dia berjumpa dengan Tengku Razaleigh untuk mendapatkan nasihat kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu merupakan rakan perjuangan arwah ayahnya.

Zairil berkata, walaupun peristiwa itu telah berlaku lebih sedekah lalu namum dia masih dengan jelas perbualan yang bertempat di rumah putih Tengku Razaleigh di Kuala Lumpur.

“Beliau juga menyatakan dengan dukacita bahawa UMNO sudah pun menyimpang daripada perjuangan asal.

“Malah, seorang anak muda dengan idea yang berbeza sudah tentu akan menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga hierarki parti. Akhirnya, beliau mencadangkan sesuatu yang tidak saya sangkakan. ‘Mungkin kamu patut mempertimbangkan menyertai parti pembangkang kerana mereka lebih bersedia untuk memberi peluang kepada anak muda.

“Beliau kemudiannya bertanya di manakah ingin saya berpusat dari segi politik. Saya menjawab di Pulau Pinang kerana saya telah membesar di sana. Lalu beliau berkata bahawa sekiranya itu kehendak saya, maka pilihan pun jelas,” cerita Zairil.

Menurut Zairil, Tengku Razaleigh percaya  beliau mampu membawa impak jika menyertai DAP. Dan sehingga ke hari ini Tengku Razaleigh masih mengingatkannya bahawa beliaulah orang yang menasihatinya agar menyertai DAP.

“Saya sememangnya amat menghargai nasihat yang beliau beri pada hari itu, kerana keputusan itu dibuktikan tepat dan telah membolehkan saya untuk berkhidmat kepada negara serta negeri Pulau Pinang,” kata Zairil.-SM

 

 

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button