fbpx
Politik

Foto Najib, Azmin ketawa, sarapan semeja jadi perhatian

FOTO bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Perindustrian Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali duduk semeja menarik perhatian warganet.

Gambar yang dikongsi di Facebook rasmi Ahli Parlimen Pekan itu memperlihatkan kedua-dua mereka duduk semeja ketawa riang selepas makan.

Moment itu dirakamkan ketika mereka bersarapan di sebuah kedai di Kampung Kuala Mentiga yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini hari ini

Kedua-dua mereka sebelum merupakan musuh politik dari parti berbeza. Najib dari UMNO manakala Azmin pula dari Keadilan.

Semasa berada di kem yang berlainan kedua-duanya saling menyerang. Kini kedua-dua mereka di bawah gabungan parti politik yang sama iaitu Perikatan Nasional.


Kehadiran bekas Timbalan Presiden PKR itu di Kampung Kuala Mentiga itu dipercayai bagi menyokong calon Barisan Nasional yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chini.  PRK tersebut dijadual berlangsung esok.

Ini adalah pertama kali Azmin dilihat menyokong Barisan Nasional yang sebelum ini menjadi musuh politiknya. Gambar itu ternyata mencuit hati pengikut Facebook Najib Razak.

“Orag yang berjiwa besar tetapi tesenyum ikhlas biarpun onak pernah mencucuk diri. Moga DSN terus istiqomah,” kata Ahmad Marzuki.

Seronok tengok. Kalau jauh “xkwn” tapi kalau dekat nampak serupa “sahabat dekat” smoga kita semua baik-baik sahaja,” komen Tun Teja.

“Takdir Allah. Dahulunya cabar mencabar di pentas politik kini bersemuka. Kes mahkamah biar mahkamah yang adili. 2/3 majoriti Parlimen adalah misi utama,” kata Insinyur Muhammad Norazam.

“Di jumaat yang berkat ini mulut jaga, ucapan yang elok ingatan yang baik. Syaitan menangis bila lihat Melayu bersatu dan bermaafan. Alhamdulillah,” komen Sti Mal.

“Betapa gentlemannya DSN. Azmin pernah tuduh DSN sebagai binatang ternakan Mahathir. Malah pernah kata Tun Razak akan cekik DS Najib jika beliau masih hidup. Ntahlah kalau aku sebelah tu mungkin tak dapat control my cool,” usik Yahya Imran.

“Jika tiada sangka buruk semua senyuman keikhlasan terserlah. Itulah keindahan islam,” kata Sakuraba Yuchiro Mustapa.

“Perghhh datuk seri dulu lawan sekarang kawan terbaik la. MN terbaik PN yang menyatukan,” komen Mohd. Syariq.

“Macam tulah politik. Silap-silap esok lusa Khalid Samad pun boleh duduk semeja dangan Datuk,” komen Rajkumar Subramaniam.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button