Sukan

110 rebut Piala Pengarah JKR Perlis di KGP

Seramai 110 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan golf merebut ‘Piala Pengarah JKR Negeri Perlis 2022’ anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis yang diadakan di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat pada sabtu 11 Jun dan ahad 12 Jun 2022.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Presiden Kelab Golf Putra Perlis berkenan berangkat menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang utama pertandingan tersebut semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Mohd Shahril Mohd Said serta ketua-ketua bahagian dalam jabatan berkenaan.

Khairyzameel Ahmad dengan 40 mata muncul johan dan Mohd Shahril Musa memperolehi 39 mata naib johan bagi Kategori Medal A. Sementara itu Azwan Nayan (37 mata) menjadi juara dan Mohd Zulhelme Mohd Noor juga 37 mata keluar sebagai naib juara bagi Kategori Medal B dalam pertandingan ini.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan beliau, Ir Mohd Shahril memaklumkan bahawa pertandingan ini yang turut melibatkan pemain-pemain tempatan dan juga
jemputan dari luar Perlis adalah selaras dengan hasrat untuk memajukan lagi sektor sukan dan pelancongan negeri ini bagi sama-sama membantu menjana ekonomi negeri khususnya rakyat Negeri Perlis dalam bidang penjualan makanan, pembuatan serta homestay.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button