Sukan

Olimpik: Tuah Soniia menang percuma apabila lawan tarik diri

PEMAIN badminton  perseorangan wanita negara, Soniia Cheah tidak perlu berpeluh pada perlawanan pertamanya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila lawan,  Laura Sarosi dari Hungary menarik diri disebabkan kecederaan.

Keputusan itu diterima ketika Soniia belum sempat memasuki arena pertarungan di Musashino Forest Sport Plaza Tokyo.

Kata Soniia, dia turut merasai kesakitan lawannya itu kerana pernah mengalami kecederaan sama.

Sarosi dalam hantaran di media sosial kecewa kerana tidak dapat meneruskan perlawanan atas nasihat perubatan.

“Pada perlawanan sebelumnya, saya mengalami kecederaan ‘tendon achilles’ yang tidak begitu teruk ketika itu,” katanya.


(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button