BeritaSukan

Ulasan kemenangan Harimau Malaya

KUNCI kepada kejayaan malam tadi menumpaskan Indonesia 2-0 di Stadium Bukit Jalil, ialah disiplin para pemain di mana mereka hanya melakukan hantaran apabila ia 100 peratus pasti rakan dapat menerima dengan baik dan hantaran juga dapat dibuat tidak tergesa-gesa.

Hantaran yang mudah dan kemas memastikan pasukan Malaysia mengawal perlawanan dan jarang terlepas bola, walaupun terdapat beberapa kesalahan hantaran tidak kemas dan terlepas bola dilakukan oleh Sumareh di bahagian tengah yang akhirnya pemain pertahanan terpaksa mematahkan serangan pantas lawan dengan melakukan terjahan di dalam kotak penalti dan menghadiahkan tendangan penalti.

Malaysia bernasib baik kerana penjaga gol Khairul Azhan berjaya menyelamatkan bola dan mematikan kebangkitan Indonesia yang ketika itu ketinggalan 0-1.

Pemain Malaysia lebih tenang dan tidak tergesa-gesa untuk melakukan serangan dan serangan digerakkan dari bawah iaitu di bahagian pertahanan dengan disusuli ke sayap kanan melalui lorongan bola ataupun hantaran jarak jauh yang menyaksikan Safawi Rashid berjaya membolosi pertahanan lawan dan menjaringkan gol keduanya malam tadi dengan begitu cantik selepas gol pertama tercipta hasil daripada sepakan percuma yang sempurna.

Brendan yang mendapat gelaran Machine Gun dan Sumareh sebenarnya banyak mengucar-kacirkan benteng lawan, kelebihan fizikal mereka dipergunakan sepenuhnya.

Seorang lagi pemain yang harus diberi pujian ialah Syahmi Safari yang menyarung jersi nombor empat di bahagian kanan pertahanan banyak mematahkan serangan dilancarkan oleh Indonesia dari bahagian berkenaan.

Kekentalan bahagian pertahanan yang cepat merapatkan benteng apabila diasak telah menyelamat Malaysia dalam beberapa keadaan mencemaskan di dalam kota penalti.

Formasi 4-5-1 jelas memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mengawal di bahagian tengah dan pada sama dapat mengekang serangan pantas lawan yang bermain agak bertahan malam tadi.

Agak mengecewakan Akhyar Rashid yang bermain di bahagian serangan kanan di belakang Mohamadou Sumareh yang kemudian digantikan dengan Norshahrul Idlan atau Mat Yo. Pemain gantian itu walaupun beraksi lebih baik berbanding Akhyar tetapi agak berkarat sentuhannya kerana sering kehilangan bola berpunca kawalan yang longgar, tampanan yang tidak kemas dan hantaran yang tergesa-gesa.

Apapun tahniah kepada Harimau Malaya dan Tan Cheng Hoe yang mempersembahkan permainan yang menarik sekali gus berjaya memungut tiga mata buat negara pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

 

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button