Hiburan

Buang masa 10 tahun, penyanyi Rossa masih kekal status ‘J’

KALAU betullah ia satu kisah lama penantian selama 10 tahun diva dari seberang, Datuk Seri Rossa menunggu lelaki pujaan hatinya untuk disatukan, mengapa hari ini kisah lapuk itu masih diperkatakan atau dibangkitkan pada media?

Itu memberi tanggapan bahawa penantian 10 tahun yang sia-sia itu masih dalam sanubari Rossa kerana ia terbit dari mulutnya ketika sidang media secara virtual diadakan hari ini.

Walaupun dia akur tiada jodoh antara mereka berdua, kata Rossa yang melancarkan single terbarunya berjudul Terlalu Berharap, kisah-kisah dalam lagu yang dimuatkan bukan hanya ditempuhi oleh para peminat yang mendengar lagu-lagunya sejak dahulu sehingga ke hari ini tetapi kisah yang dimuatkan itu turut kena pada batang hidungnya sendiri.

“Saya terlalu berharap hubungan kami akan membawa kami ke peringkat yang lebih istimewa. Perasaan ini disimpan oleh saya selama 10 tahun.

“Tetapi setelah sekian lama kami berdua sedar hubungan ini tidak boleh pergi jauh dan lebih baik akur sahaja,” katanya.

Katanya lagi, buat masa sekarang, dia tidak ghairah mencari pasangan hidup kerana itu bukan menjadi keutamaannya.

Begitu juga soal jodoh, ujar Rossa, beliau belum terfikir untuk berkahwin lagi tetapi kalau ada jodoh, itu semua sememangnya ditentukan Allah.

Single terbaharu Rossa, Terlalu Berharap ciptaan Andmesh merupakan runut bunyi untuk filem Love Knots yang dibintangi aktor senegaranya, Rizky Nazzar, Beby Tsabina dan Aidil Saputra.

Video lirik Terlalu Berharap turut menampilkan barisan pelakon filem tersebut manakala bagi video muzik rasminya, bakal menyusul. – SUMBER GEMPAK – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button