Sukan

Philippe Coutinho beri diskaun pada Liverpool

Philippe Coutinho dikhabarkan sanggup dipotong gajinya semata-mata kerana ingin kembali bermain bersama kelab lamanya, Liverpool.

Hal itu berlaku kerana kelab yang meminjamnya kini, Bayern Munich memutuskan untuk tidak mengambilnya menjadi pemain tetap di kelab tersebut.

Portal Marca melaporkan, aksi Coutinho bersama Die Rotten itu tidaklah terlalu buruk kerana telah menjaringkan sembilan gol daripada 32 perlawanan.

“Barcelona nampanya sudah tidak memerukan pemain dari Brazil itu dan Blaugrana dilaporkan akan melepaskan Coutinho dengan nilai transfer berjumlah 80 juta euro.

“Chelsea juga yang dikatakan antara kelab yang berminat dengan pemain berusia 28 itu bagaimanapun mengesahkan yang mereka lebih berminat dengan Timo Werner dari RB Leipzig,” lapor portal tersebut.

Sebelum ini, Coutinho menjadi pemain penting di Liverpool selepas mencatatkan 54 gol dalam 201 perlawanan.

Menurut portal Marca, Coutinho dikatakan sudah berjuma dengan Juergen Klopp dan memberitahu yang dia sedia dipotong gaji untuk bersama Liverpool.

Gaji Coutinho ketika ini sekitar 240 ribu pound dan bayaran gaji itu dilihat terlalu besar buat Liverpool. – SM

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button