Makruh makan daging kambing menyusu anjing
KUALA LUMPUR – Memang pelik bila kita melihat anak kambing menyusu dengan anjing atau sebaliknya.
Namun, itulah lumrah alam dan tidak mustahil pun. Cuma yang menjadi persoalan, adakah daging kambing itu nanti halal atau haram untuk dimakan?
Hal ini menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapan dalam Twitternya menjawab persoalan sedemikian.
“Hukum memakan daging serta minum susu haiwan al-Jallalah adakah makruh.
“Kami sependapat agar kuarantin terlebih dahulu haiwan berkenana serta diberi makanan yang baik sehingga hilang kesan najis tersebut,” katanya.
https://twitter.com/drzul_albakri/status/1204325315842936832?s=19
Keterangan yang diberikan beliau disusuli dengan rujukan daripada Imam al-Nawawi yang menjelaskan persoalan tersebut.
“Kambing yang membesar dengan susu anjing adalah termasuk dalam kategori al-Jallalah.
“Pendapat yang kuat, halal memakan dagingnya (makruh),” jelas rujukan tersebut menerusi ciapan dalam Twitter Zulkifli. – SM