Luar Negara

COVID-19: Angka kematian global melepasi 400,000

ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat dengan hari ini melepasi angka 400,000 di seluruh dunia atau secara global.

Statistik Universiti Johns Hopkins menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dengan 110,000 kes.

United Kingdom (UK) kini mempunyai angka kematian melepasi 40,000 diikuti dengan Brazil yang merekodkan 35,000 korban manakala Itali pula berada pada paras 34,000.

Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Kes kematian harian yang tinggi turut direkodkan di Brazil dan juga India.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 14,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 3.12 juta pesakit dibenarkan discaj. – SUMBER ASTRO AWANI

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button