Luar Negara

Korban koronavirus terus meningkat, sudah mencecah 900 orang

SEJAK wabak novel koronavirus (2019-nCoV) mula dikesan di China, virus itu telah mengorbankan seramai 908 orang, dengan jumlah kes berdaftar sebanyak 40,171, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara China.

Seramai 3,281 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. Daripada 35,982 orang yang sedang dirawat seramai 6,484 berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Sputnik.

BACA JUGA: China peruntuk 71.8 bilion Yuan perangi wabak koronavirus

Terdahulu, Suruhanjaya Kesihatan tempatan itu berkata angka kematian di wilayah Hubei seramai 871 orang manakala 1,795 lagi telah pulih. Sebanyak 29,631 kes didaftarkan di wilayah Hubei.

Di bandar Wuhan, lokasi pertama wabak itu dikesan pada Disember, lebih 1,900 kes koronavirus baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. Dalam tempoh yang sama, secara keseluruhan sejumlah 2,618 kes baharu didaftarkan di wilayah Hubei.  – BERNAMA

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button