Luar NegaraRencah Hidup

Bekas jurutera rakyat Malaysia nafi laporan media Australia

Dilaporkan media tempatan terlantar sakit di hospital seorangan

MEDIA Australia amat terkenal dengan memberi laporan atau gambaran buruk terhadap Malaysia walaupun pihak Kementerian Luar, Wisma Putra menjalin hubungan baik dengan kerajaan di negara sana.

Terkini, media tempatan negara itu melaporkan seorang warganegara Malaysia bernama Khaidir Abu Jalil terlantar sakit di Hospital St Vincent, Sydney seorangan.

Bekas jurutera pembinaan dari Malaysia itu dilaporkan oleh media tempatan Australia menderita penyakit dermatomiositis sejak enam bulan lalu. Laporan media tempatan semestinya mendapat perhatian Pegawai Konsulat Malaysia di Sydney.

Dalam kenyataan Kementerian Luar memaklumkan keadaan warganegara Malaysia itu, Khaidir Abu Jalil yang sedang menerima rawatan di Hospital St. Vincent’s Public, Darlinghurst Sydney, Australia semakin pulih dan akan dibenarkan keluar dalam masa terdekat.

Pegawai konsulat Malaysia di Sydney telahpun menziarahi Khaidir, 34 dan individu itu memaklumkan laporan media mengenainya tidak tepat memandangkan dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarganya di Malaysia.


“Beliau juga mengakui tidak memaklumkan keadaannya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra atau Konsulat Malaysia di Sydney. Bagaimanapun, beliau berterima kasih atas sokongan serta bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak.

“Khaidir telah memohon supaya diberikan ruang untuk menjalani proses pemulihan dengan tenang dan tanpa gangguan daripada pihak media buat masa ini,” menurut kenyataan tersebut.

Warga Malaysia yang berada luar negara dinasihatkan supaya berhubung dengan perwakilan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan bantuan konsulat. – SM

 

(Visited 187 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button