Politik

Sokongan Anwar Ibrahim sebagai PM kurang daripada digembar-gemburkan

DI Konvension Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, didalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memberi gambaran mempunyai sokongan daripada 105 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan sokongan daripada 15 Ahli Parlimen UMNO.

Ini menjadikan sokongan kepada Anwar pada ketika itu dikatakan berjumlah 120 Ahli Parlimen.

  1. Anwar memberi gambaran bahawa beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana disaat-saat akhir Anwar menolak syarat yang dikenakan iaitu membantu Presiden UMNO dan Datuj Seri Najib Razak daripada pertuduhan di Mahkamah.

Anwar Ibrahim memberi gambaran kepada Ahli-Ahli PKR dan rakyat kononnya beliau tidak dapat jadi PM atas dasar prinsip moral dirinya yang tinggi.

  1. Sebentar tadi saya dimaklumkan oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO bahawa kata-kata Anwar Ibrahim ini adalah satu pembohongan. Mereka kata, memang betul ada ura-ura di awal perjanjian sekurang-kurangnya 15 orang Ahli Parlimen UMNO akan menyokong Anwar sebagai PM tetapi akhirnya tidak sampai 4 orang menyokong Anwar.

Dengan 105 Ahli Parlimen dari PH dan UMNO 4. Anwar hanya ada lebih kurang 109 sokongan Ahli Parlimen.

Anwar akhirnya tidak mempunyai cukup angka ataupun nombor untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO menegaskan bahawa mereka tidak menandatangani SD sokongan terhadap Anwar kerana berpegang kepada keputusan Resolusi Parti UMNO iaitu :

NO ANWAR.

NO DAP.

Akhirnya, mereka menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

  1. Anwar mahu tunjuk beliau ada prinsip dan mahu jadi hero.

Anwar tidak dapat jadi PM kerana tidak cukup sokongan Ahli Parlimen. Bukan kerana janji mahu lepaskan Kluster Mahkamah.

ANWAR BERBOHONG.

Sebenarnya, Anwar Ibrahim kecewa tidak dapat jadi Perdana Menteri walaupun telah menunggu selama 24 tahun semenjak tahun 1998. – SM

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button