Politik

Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat, tetapkan SOP elak penularan – PN Sarawak

Perikatan Nasional (PN) Sarawak memang telah menjangka akan penamatan darurat ini kerana lambat laun tempoh darurat akan tamat dan mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dalam proses demokrasi dan memilih dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung bila-bila masa.

 

PN Sarawak juga bersedia untuk berhadapan dengan PRN ini kerana pihak kami telah melaksanakan khidmat untuk rakyat tanpa perlu menunggu PRN.

 

Konsep politik kami jelas iaitu politik khidmat (politic of service) dan politik matang adalah menjadi pegangan kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat Sarawak dan ia melangkaui PRN.

 

Dalam soal pembahagian kerusi pada PRN ini kami berpegang kepada kebijaksanaan kepimpinan iaitu Presiden Parti Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kebijaksanaan Ketua Menteri dan Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam membuat keputusan dalam soal pembahagian kerusi.

 

Kami lebih melihat peluang untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Sarawak adalah lebih penting dan utama bagi Bersatu dan PN Sarawak .

 

Kami juga melihat pihak kerajaan negeri pada masa kini di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

 

Oleh itu saya berharap adalah wajar bagi kita memberi sokongan kepada beliau sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan dan agenda pembangunan untuk semua rakyat Sarawak.

 

Bagaimanapun kebimbangan utama kami adalah mengharapkan SOP PRN ini dapat dilakukan dan ditetapkan segera dan jelas kerana kita masih lagi dalam bahaya pandemik COVID 19. Yang penting soal keselamatan dan SOP perlu jelas dan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana kita baru sahaja kembali menjalani kehidupan normal.

 

Diharapkan semua pihak dapat berfikir dan menyumbang bagaimana langkah terbaik dalam melaksanakan PRN Sarawak ini supaya ia berlangsung dengan selamat dan tidak membahayakan nyawa kita semua.

Kenyataan media YB Senator Jaziri Alkaf Abdillah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button