fbpx
Nasional

776,135 pekerja dikehendaki bekerja dari rumah

SERAMAI 776,135 pekerja di Lembah Klang, Sabah dan Labuan dalam sektor pengurusan dan penyeliaan dikehendaki bekerja dari rumah bermula esok.

Arahan tersebut selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti dimaklumkan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Jumlah tersebut adalah sebanyak 25 peratus daripada 3.1 juta pekerja dalam pelbagai sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di tiga kawasan berkenaan.

Daripada jumlah tersebut juga, hanya 10 peratus pekerja pengurusan khusus melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan komunikasi teknologi maklumat (ICT) dibenarkan hadir ke pejabat.

Namun, kehadiran mereka ke pejabat adalah terhad kepada empat jam sahaja bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.


Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan di Labuan, Sabah dan seluruh Selangor termasuk Lembah Klang seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, kementerian akan segera melaksanakan keputusan MKN.

“Supaya pihak industri memperkenalkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan.

“Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik Covid-19 terutamanya di kawasan yang sedang menjalani PKPB.

“Kementerian bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja untuk berada di pejabat yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk tiga hari seminggu.

“Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini.

“Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.”

Demikian makluman Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memaklumkan tindakant tersebut sebagai langkah preemptive untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Ini kerana, terdapat keperluan prosedur operasi standard (SOP) dikenakan terutama di kawasan Selangor dan Lembah Klang kerana mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Tambah Mohamed Azmin, bagi memastikan kelancaran proses BDR itu, kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri.

“Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

“MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP di kalangan pihak industri,” katanya.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat apabila sebanyak 860 kes direkodkan.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus mencatatkan tiga angka kes baharu iaitu 140 kes sementara Sabah kekal tertinggi iaitu 673 kes.

Jumlah keseluruhan kes aktif di seluruh negara dengan kebarangkalian jangkitan adalah sebanyak 22,225 orang. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button