Nasional

7 negeri mempunyai undang-undang anti-lompat parti setakat ini – Azalina

TUJUH negeri telah menguatkuasakan undang-undang anti-lompat parti, berikutan pindaan perlembagaan masing-masing.

Menteri di Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) berkata negeri-negeri itu ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

“Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah diwartakan pada 6 Sept 2022 dan berkuat kuasa mulai 5 Okt 2022.

“Seksyen 6 Akta itu memberi laluan kepada kerajaan negeri atau dewan undangan negeri untuk melaksanakan larangan lompat parti ke atas wakil rakyat melalui pindaan kepada perlembagaan negeri, tertakluk kepada persetujuan raja atau Yang di-Pertua Negeri,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang). -SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button