Nasional

Bajet 2022 peruntuk RM332.1 bilion, bajet tertinggi

BAJET 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera memperuntukkan RM530 bilion dengan tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Daripada jumlah tersebut, Kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion ringgit di bawah Kumpulan Wang COVID-19.

Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi berbanding bajet sebelum ini.

“Sungguhpun ini merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada 6 peratus daripada
KDNK berbanding 6.5 peratus pada 2021,” katanya.

Matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga fokus induk iaitu Rakyat Yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

Bajet berkenaan terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50 ribu cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022.

Bajet 2022 juga dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli Parlimen merentasi doktrin politik, Kerajaan dan Pembangkang.

Buat julung-julung kalinya #TeamMOF telah menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet 2022 dan empat Kertas Konsultasi Awam merangkumi topik berkenaan penambahbaikan perolehan kerajaan, pemberian bantuan tunai, insentif cukai dan tanggungjawab fiskal. -SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button