Nasional

3 cedera tercampak dari permainan “sotong ride” di pesta ria

Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari permainan “Sotong Ride” fun fair di Eco Grandeur, Puncak Alam, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.50 malam.

Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.

Terdahulu, beberapa video dan gambar tular di media sosial menunjukkan tunggangan itu kelihatan hilang kawalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button