fbpx
Nasional

516 ditahan kerana tiada penjarakan sosial

163 ditahan kerana tidak memakai pelitup muka

WALAUPUN kes Covid-19 mencatatkan pertambahan bilangan yang ketara sepanjang minggu ini namun ia seolah-olah tidak menimbulkan kebimbangan kepada orang awam selepas 979 individu ditahan semalam kerana ingkat arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Antara kesalahan termasuk tiada penjarakan fizikal (516), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (277), tidak memakai pelitup muka (163) dan premis beroperasi lebih masa (10).

Turut ditahan kerana terlibat aktiviti dalam pub dan kelab malam (7), premis beroperasi tanpa lessen (2), langar perintah kuarantin (2), enggan membuat saringan Covid-19 (1) dan keluar kawasan PKPDB tanpa kebenaran (1).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, seramai 944 individu telah dikompaun manakala 32 direman dan 3 dijamin.

Sementara itu, Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang
melibatkan 48 PATI, 2 tekong dan 4 penyeludup. Turut berjaya dirampas 7 kenderaan darat.


“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi Benteng melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).-SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button