Nasionalpilihan

DOJ pulangkan dana 1MDB berjumlah RM1.9 juta

SEBANYAYAK RM1.9 juta dana 1MDB yang akan dipulangkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menjadikan jumlah keseluruhan yang dipulangkan setakat ini ialah sebanyak RM5.062 bilion.

Menurut DOJ, dana daripada 1MDB, dicuci secara haram melalui institusi kewangan utama di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, dan Luxembourg, menurut DOJ.

Sejak 2016, usaha melibatkan 41 tindakan pelucutan hak sivil yang difailkan di mahkamah di AS membuahkan hasil selepas berjaya menyita lebih daripada AS$1.7 bilion aset yang dicuri.

“Ini adalah pemulihan terbesar setakat ini di bawah jabatan Kleptocracy Asset Recovery Initiative.

“Jabatan ini terus membuat litigasi terhadap aset tambahan yang didakwa mempunyai kaitan dengan skim ini,” kata DOJ.


DOJ berkata seperti yang didakwa dalam aduan pelucutan hak sivil, daripada tahun 2009 hingga 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB didakwa disalahgunakan oleh pegawai tinggi 1MDB dan Jho Low, melalui pengubahan wang haram dan penyelewengan wang antarabangsa. -SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button