Nasional

Abu Zahar dilantik Pengerusi LPPR

Sebanyak tujuh ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 21 Mei lalu 20 Mei 2023.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).

“Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang telah dilantik menjadi Pengerusi LPPR bersama lantikan lain Tan Sri Ismail Omar (bekas Ketua Polis Negara), Datuk Seri Azman Ujang (bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Datuk Seri Akhbar Satar (Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia)

“Turun dilantik ialah sebagai ahli LPPR ialah Datuk Dr. Hamzah Kassim (Pengarah Urusan The IA Group), Datuk David Chua Kok Tee (Pengarah Urusan DC&A Group) dan Professor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia),” katanya.

Sementara itu, seramai 12 ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan lima ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) telah dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

Jelasnya, tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2022 manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 30 Mei 2022.

Ujarnya, surat cara dan pelantikan bagi menganggotai LPPR, PPO serta PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Berikut adalah senarai ahli-ahli PPPR dan PPO.

  1. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
    (Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam)
  2. Datuk Manja Ismail
    (Pengarah Urusan Berita Dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima)
  3. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
    (Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  4. Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez
    (Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya)
  5. Datuk Chamil Wariya
    (Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)
  6. Datuk Freddie Fernandez
    (Presiden Persatuan Karyawan Malaysia)
  7. Jufitri Joha
    (Presiden Majlis Belia Malaysia)
  8. Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail
    (Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara)
  9. Norita Che Ali
    (Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan)
  10. Datuk Nadzim Johan
    (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)’
  11. Datuk Md Yusof Md Aslam
    (Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd.)
  12. Datuk Baljit Singh Sidhu
    (Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners)

Ahli-ahli PPO:

1. Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
(Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara)
2. Dr. Mazlan Ahmad
(Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia)
3. Datuk Abdul Manap Dim
(Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri)
4. Datuk Mohd Faudzi Hj Che Mamat
(Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)
5. Datuk Azimah Abdul Hamid
(Bekas Timbalan Ketua Pengarah ( Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam)

Menurut SPRM, Kesemua ahli yang dilantik terdiri daripada golongan profesional serta pakar dalam pelbagai bidang yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM. -SM

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button