Nasionalpilihan

5 NGO buat laporan polis terhadap perhimpunan baju hitam

SEBANYAK lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap perhimpunan baju hitam yang diadakan di ibu negara semalam.

Peguam yang mewakili kesemua NGO berkenaan, Kamarudin Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat bagi menggesa tindakan tegas diambil pihak berkuasa terhadap penganjur.

“Tindakan tegas tanpa sebarang kompromi perlu diambil kerana penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dalam situasi seperti ini, kita sangat bimbang apatah lagi dengan angka jangkitan Covid-19 yang bertambah. Kita tidak mahu perkara seperti ini berterusan.

“Kita tidak mahu sebarang perhimpunan diadakan selagi kes Covid-19 tidak turun. Sampai bila kita nak kena kurung,” katanya.

Terdahulu, kesemua mereka hadir membuat laporan polis kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Lima NGO yang hadir ialah Persatuan Anak Melayu Johor; Gabungan NGO 1Malaysia; Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin; Dewan Perundingan NGO; dan Pertubuhan Salam Budi.

Dalam pada itu, Kamarudin turut meluahkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang hanya berdiam diri berkenaan dengan perhimpunan tersebut. -SM

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button