Nasional

Polis rampas rokok tidak bercukai bernilai RM1.45 juta

Polis merampas rokok tidak bercukai yang bernilai RM1.45 juta selepas menahan dua lelaki di sebuah rumah di Kepong, semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan dilakukakan menerusi Op Kontraban selepas mendapat maklumat berhubung sindiket tersebut.

“Kedua-dua lelaki itu berusia 32 dan 34 tahun manakala rampasan pula melibatkan 183 kotak rokok pelbagai jenama tidak bercukai yang bernilai RM1.45 juta.

“Turut dirampas adalah sebuah kereta, lori dan wang tunai RM60,000 dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.66 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Azri, kedua-dua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. -SM


(Visited 13 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button