Nasional

32 kakitangan dijangkiti Covid-19, Hospital Melaka masih mampu beroperasi

WALAUPUN 32 kakitangannya disahkan dijangkisi Covid-19, namun Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan mencukupi untuk mengendalikan operasinya, termasuk kes Covid-19.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman, semua 32 petugas Hospital Melaka itu dikesan positif Covid-19 di bawah saringan kluster Bukit Palah.

Katanya, siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dirawat di hospital itu.

“Sehingga 12 tengah hari semalam, 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya belum mendapat keputusan,” jelas beliau.

Menurut Rahmad, Melaka kini mempunyai 15 kluster dan 3,078 kes, dengan 1,299 kes aktif serta lapan kematian direkodkan sehingga semalam.

Selain itu kata beliau, dua pelajar Tingkatan Lima masing-masing dari sekolah asrama di Bukit Piatu dan sekolah berasrama penuh di Jasin disahkan positif Covid-19. – SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button