NasionalNegeri

Raja, Raja Perempuan Perlis terima kunjungan Raja Permaisuri Agong

Tuanku Tengku Fauziah yang berkenan menghantar Raja Zarith Sofiah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar sama-sama berdoa sebelum berangkat pulang. Gambar Ihsan Istana Arau

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Kangar, petang semalam.

Raja Permaisuri Agong diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Demikian menurut kenyataan media Istana Arau hari ini.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hadir semasa Raja dan Raja Perempuan Perlis menerima kunjungan Raja Zarith Sofiah di Kangar. – Gambar Ihsan Istana Arau

Keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Perlis bagi menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Dewan 2020, Kangar.

Raja Perempuan Perlis dan Raja Puan Muda Perlis kemudiannya berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar bagi mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Raja Permaisuri Agong. – SM

BACA Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis berkenan terima mengadap KSU MOTAC

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button