NasionalNegeri

Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis berkenan terima mengadap KSU MOTAC

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman di Kangar, malam semalam.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan menerima sembah mengadap Roslan dan ‘Ainu Sham di Kangar, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli.

Roslan mempersembah maklumkan kepada Baginda Tuanku bahawa MOTAC melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) sedang menganjurkan Festival Kraf Utara (FKU) 2023 dari 22 September hingga 1 Oktober 2023 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Menurut beliau, Festival FKU 2023 merupakan penganjuran julung kali diadakan di Perlis yang melibatkan penyertaan Kraftangan Malaysia cawangan Kedah, Langkawi, Pulau Pinang dan juga Perak.

Tujuan FKU 2023 diadakan adalah untuk mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat dan pelancong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima mengadap Roslan dan ‘Ainu Sham bagi bertukar-tukar pandangan khususnya TMP 2024-2025.

Dengan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’, FKU 2023 menampilkan kepelbagaian produk kraf Malaysia yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyuntik pengetahuan, kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap produk kraf Malaysia selari dengan konsep FKU 2023 iaitu ‘Membudayakan Seni Kraf Malaysia’ dalam kehidupan masyarakat seharian.

Dalam satu majlis berasingan terdahulu Roslan dan ‘Ainu Sham mengadap Raja Muda Perlis dan bertukar-tukar pandangan khususnya dalam tajuk ‘Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025’. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button