Nasional

255 individu digesa buat saringan ke-2 Covid-19 atau dihukum

KERAJAAN mengesan seramai 255 individu masih ingkar untuk menjalani ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin wajib di rumah (home quarantine).

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia sedang memantau individu yang terbabit.

“Jika berdegil insya-Allah pihak polis akan cari, jika polis dapat mereka akan dikenakan kompaun RM1000. Kalau dihdapapkan ke mahkamah mereka boleh dipenjara maksium dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

“Jadi tak perlulah rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara sampai kena kompaun. Sukarela tampil ke klinik kesihatan berdekatan,” gesa Ismail Sabri.

Jelas beliau, kerajaan memandang serius kegagalan kumpulan yang dikuarantin di rumah untuk mematuhi prosedur operasi standard. Menurutnya, ramai yang cuba keluar dari rumah dan bebas berjalan dalam rumah.

“Kerajaan pandang serius. Di Sarawak misalnya pelajar pulang dari Rusia, dia negatif dalam saringan awal tetapi positif bila berada di dalam rumah.

“Pelajar ini telah merebakkan jangkitan kepada bapanya. Kementerian Kesihatan sedang memeriksa ahli keluarga yang lain,” kata Ismail Sabri.

Beliau berkat, kegagalan mematuhi SOP bukan sahaja membahayakan diri sendri tetapi juga keluarga orang lain.

Sementara itu dari 10 Jun sehingga 13 Julai seramai 17,689 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk Lapangan Terbang KLIA.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17,616 individu telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 73
orang lagi telah di bawa ke hospital.

Pada 13 Julai 2020, sebanyak 536 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dari Pakistan, Indonesia, Qatar, Singapura, Jepun, United Kingdom, Vietnam, Belanda, India dan China.

Seramai 535 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine) manakala satu lagi dibawa ke hospital.-SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button