Nasional

234 kes baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital

Kapasiti ICU 12%

SEBANYAK 234 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 132 kes atau 56.4% termasuk dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 102 kes atau 43.6% adalah Kategori 3, 4 dan 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 64 kes diikuti Perak (28) dan Kuala Lumpur (23)

Sementara itu, sebanyak 250 pesakit dibenarkan keluar semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 760 atau 12% daripada jumlah kapasiti.

Katanya, tiada negeri menunjukkan penggunaan katil ICU melebihi penggunaan 50% kapasiti.

Sejumlah 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 8% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak dua kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini kekal 7,002 dengan 100 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 0.80. – SM

 

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button