Alam SekitarNasional

RM1.4 Bilion Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir Sedia Diagihkan!

Bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat banjir, kerajaan mengambil langkah untuk memperkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion.

Daripada jumlah RM1.4 bilion yang diperkenalkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan ia merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam.

“Sebagai tindakan seterusnya, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang saya pengerusikan hari ini telah membincangkan secara terperinci mengenai impak banjir ke atas Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
(PMKS) termasuk peniaga informal.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Bersekutu Malaysia (MAICCI) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah berkongsi impak akibat banjir,” katanya.

Ismail berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas kerajaan meneliti beberapa cadangan dan tindakan bagi membolehkan PKMS bangkit semula dengan pendekatan yang lebih komprehensif.

“Mesyuarat turut mendengar keluhan daripada dua orang usahawan PMKS dari Taman Sri Muda, Shah Alam dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat yang terjejas teruk bagi mendapatkan gambaran sebenar
kerugian, kesan dan masalah yang mereka hadapi.

“Secara prinsip, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus bagi meringankan beban yang ditanggung oleh usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir selain bantuan kewangan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama MEDAC, kementerian dan agensi berkaitan serta Dewan-Dewan Perniagaan bagi memperhalusi cadangan-cadangan
yang telah dibentangkan untuk pertimbangan Kerajaan.

Lawatan susulan ke lokasi yang dikenalpasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran.

“Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif ini setelah diperhalusi dan dimuktamadkan. Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal terjamin,” katanya.

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button