Luar Negara

Jisoo BlackPink sah bercinta dengan pelakon Ahn Bo-hyun

AGENSI Jisoo dan YG Entertainment telah mengesahkan bahawa JISOO blackpink sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Ahn Bo-hyun.

JoongAng Daily melaporkan bahawa YG “Jisoo dan Ahn berada di pentas di mana mereka mengenali antara satu sama lain. Kami akan menghargainya jika peminat dapat memberi sokongan kepada pasangan ini”.

Agensi Ahn, FN Entertainment turut mengesahkan khabar angin mengenai hubungan mereka yang timbul bulan lalu.

Jisoo, 28, dan Ahn, 35, dilaporkan berkongsi minat yang sama dalam bidang nyanyian, lakonan dan fesyen.

Jisoo memulakan kerjaya sebagai ahli BlackPink pada tahun 2016 dan kini dalam jelajah dunia Born Pink bersama rakan-rakannya.

Ahn memulakan kerjaya pada tahun 2007 sebagai model. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2014 dalam drama Golden Cross.

Beliau juga pernah membintangi drama Descendants Of The Sun (2016), Itaewon Class (2020), Yumi’s Cells (2021) dan Military Prosecutor Doberman (2022). -SM

Baca : Polis tahan remaja disyaki mencuri tabung masjid

 

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button