Nasional

Jumlah vaksin diberi capai 21.2 juta dos

JUMLAH pemberian vaksin kini berjumlah 21.2 juta dos melibatkan 14.247 juta dos pertama dan 6.952 juta dos kedua.

Sebanyak 60.9 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah menerima dos pertama dan 29.7 peratus lengkap menerima kedua-dua dos.

Hampir semua negeri kini merekodkan lebih 40 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tertinggi jumlah penduduk dewasa menerima dos pertama iaitu 96.7 peratus, diikuti Labuan (91.5 peratus), Sarawak (84.6 peratus), Negeri Sembilan (72.5 peratus), Perlis (62.2 peratus) dan Pulau Pinang (56.2 peratus).

Melaka (49.4 peratus), Terengganu (42.8 peratus) dan Pahang (42.4 peratus).

Sementara Labuan mencatatkan bilangan dewasa tertinggi lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 81.5 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Perlis (42.7 peratus), Lembah Kelang (37.5 peratus) dan Negeri Sembilan (37.4 peratus).

Sejumlah 480,122 dos diberikan semalam melibatkan 298,236 dos pertama dan 181,886 dos kedua.-SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button