MahkamahNasional

DAP minta Peguam Negara beri penjelasan Zahid dilepaskan-Anthony Loke

47 pertuduhan: TPM Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah

DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook walaupun menyatakan menghormati proses undang-undang dan keputusan mahkamah, tetap mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, pengubahan wang haram  yang membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Biarpun DAP mendakwa sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang Kehakiman, Eksekutif dan Legislatif, mereka tetap berbunyi dan bergendang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Harun Indris memberi penjelasan terbuka kepada rakyat Malaysia MADANI faktor yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas kes perbicaraan Ahmad Zahid berjalan selama lima tahun.

Menurut Anthony Loke dalam kenyataan medianya hari ini, demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, penjelasan itu perlu dilakukan oleh Peguam Negara.

Benarlah bahawa DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang berhadapan dengan 47 kes.

“DAP juga akan sentiasa memastikan tidak ada campur tangan Eksekutif dalam sebarang kes mahkamah,” katanya.

Semalam dalam sejarah, Isnin, 4 September 2023, cuaca hujan lebat di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Kajang, seolah-olah menyambut keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Ahmad Zahid tanpa membebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Tan Sri Idris Harun

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Terdahulu, pada 5 September 2023, ketika prosiding kes Ahmad Zahid sedang berjalan, Timbalan Pendakwa Raya Utama, Raja Rozela Raja Toran telah digugurkan dalam perbicaraan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam Negara digesa membuat oleh salah seorang pemimpin parti Pejuang membuat penjelasan mengapakah Raja Rozela digugurkan  dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid.

Gesaan itu dibuat selepas akhbar utama berbahasa Inggeris, New Straits Times yang memetik sumber melaporkan, Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Raja Rozela juga dilaporkan tidak hadir  ke mahkamah semasa prosiding dijalankan pada minggu sebelum diberitakan, beliau digugurkan daripada barisan pendakwaan.

Sehingga ke hari ini, Peguam Negara tidak memberi respons kepada gesaan yang dibuat oleh pemimpin Pejuang berhubung isu Raja Rozela.

Apa jaminan yang desakan DAP untuk mendapatkan penjelasan terbuka oleh Peguam Negara berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilayan atau diberikan respons. – SM

BACA Selepas 5 tahun: Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan

BACA Peguam Negara digesa jelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button