Nasional

Arahan KKM tutup kawasan pendakian Bukit Broga

Terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga

SUSULAN penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM hari ini, Bukit Broga akan ditutup sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media KKM hari ini:

1) Empat kes positif COVID-19 baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 8,600 kes dengan 208 kes adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

2) Daripada empat kes baharu yang dilaporkan, tiga adalah kes import yang dijangkiti di luar negara dan satu kes adalah kes tempatan.

3) 40 kes telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah pulih adalah 8,271 kes (96.2 peratus).

4) Tiada kematian baharu dilaporkan, jumlah kematian kekal 121 kes.

5) KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button