Nasional

1,220 kes baharu Covid-19 dicatatkan, 3 kematian dan 3 kluster baharu

SEBANYAK 1,220 kes Covid-19 yang baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 89,133 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).


Jelasnya,sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 432 kes (0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu terdapat tiga kluster baharu iaitu dua di Kuala Lumpur (kluster Jalan Rusa, kluster Bina Pasifik) dan satu di Sabah (kluster maringkan).

Ujarnya, kluster Jalan Rusa melibatkan daerah Cheras selepas terdapat satu kes positif Covid-19 dilaporkan pada penghujung bulan lalu.

“Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster Tapak Bina Pasifik mula melibatkan daerah Lembah Pantai dan sehingga kini, sejumlah 159 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Tambahnya, kluster Maringkan pula melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah dan sehingga hari ini, sejumlah 93 individu telah disaring di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. -SM

(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button