Hiburan

Hans Isaac minta maaf buat tuduhan salah guna kuasa kepada Eizlan Yusof

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac meminta maaf susulan tuduhan salah guna kuasa yang dilemparkannya kepada Ahli Lembaga Pengarah Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof.

Hans berkata, pada 16 November lalu, dia telah menghantar satu mesej di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merakm tahniah kepada tiga buah syarikat yang telah dipilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS, termasuk Excellent Pictures Sdn Bhd.

“Di dalam mesej tersebut, saya telah membuat kesilapan dengan mengaitkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Excellent Pictures Sdn Bhd. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas kekhilafan saya.

“Pada hakikatnya, saya telah bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan beserta permohonan maaf kepada Eizlan semalam sebaik sahaja saya sedar akan kesilapan tersebut,” katanya.

Namun menurut Hans, belum sempat dia berbuat demikian, dia telah dimaklumkan bahawa Eizlan sudah menghantar surat peguam kepadanya.

Pelakon J Revolusi itu berkata, dia turut menghubungi Eizlan melalui peguamcaranya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung dengan kesilapan ini.

“Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan yang tidak disengajakan.

“Saya amat berharap agar kita dapat buang yang keruh, dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” katanya.

Semalam, Hans mengeluarkan kenyataan bahawa Eizlan terlibat dalam memberikan geran Dana Kandungan Digital daripada Finas kepada syarikat Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Perkara tersebut menurut Eizlan telah mengakibatkan kredibilitinya sebagai Ahli Perbadanan Finas dan penggiat industri kreatif yang telah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun tercalar.

Malah, Eizlan turut memberitahu dia melantik peguamcara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co dan tindakan guaman terhadap Hans. -SM

(Visited 646 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button