fbpx
Politik

115 ilmuwan IPT seru rakyat sokong Muhyiddin kemudi negara

Seramai115 ilmuwan menyeru rakyat memberi sokongan penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk Pilihan Raya Umum ke-15 mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ilmuwan dari 21 universiti awam, 4 universiti dan kolej universiti swasta dan Institut Pendidikan Guru (IPG) itu juga mahu semua pihak akur kepada sistem negara yang berteraskan kedaulatan raja-raja, keluhuran Perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen.

Mereka juga menggesa dihentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara.

Kumpulan itu juga meminta agar peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan khususnya identiti nasional kita  berlandaskan identiti Melayu-Muslim dipatuhi pada setiap masa.

Mereka turut menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang amat tegas bagi menjaga perpaduan dalam kalangan semua rakyat serta bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara, termasuk dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baru bagi menghukum penggugat kestabilan.


“Kenyataan media ini dibuat dan dikumpulkan secara sukarela oleh kami semua hanya dalam tempoh tiga hari sahaja atas kesedaran tinggi kami bahawa suara golongan seperti kami mampu mencorakkan hala tuju negara di saat kita sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

“Besarlah harapan kami agar suara kami ini dipandang berat oleh semua pihak yang berkenaan mahupun oleh seluruh rakyat kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia yang menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama.

115 ilmuwan PhD ini adalah terdiri daripada seramai 2 Profesor Emeritus, 21 Profesor, 35 Profesor Madya dan 57 Pensyarah Kanan.

Senarai nama mereka adalah seperti berikut:

2 Profesor Emeritus

1. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo
2. Prof Emeritus Dato’ Dr Wan Hashim Wan Teh

21 Profesor

1. Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek
2. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Yusoff
3. Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir
4. Prof Dr Haim Hilman Abdullah
5. Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid
6. Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid
7. Prof Dr Jamil Hashim
8. Prof Dr Kamaruzzaman Yusof
9. Prof Dr Mansor Mohd Noor
10. Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din
11. Prof Dato Dr Mohd Ismail Abd Aziz
12. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
13. Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
14. Prof Datuk Dr Rohana Yusof
15. Prof Dr Sakri Ibrahim
16. Prof Datuk Dr Sidek Baba
17. Prof Dr Supyan Hussin
18. Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong
19. Prof Dr Zainuddin Hj Awang
20. Prof Ir Dr Zulfadzli Yusoff
21. Prof Dato Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff

35 Profesor Madya

1. Prof Madya Dr Abdul Talib Hashim
2. Prof Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz
3. Prof Madya Dr Adlina Ab Halim
4. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long
5. Prof Madya Dr Ahmad Zainudin Husin
6. Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah
7. Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban
8. Prof Madya Dr Azman Ismail
9. Prof Madya Dr Dayang Maryama Ag Daud
10. Prof Madya Dr Hamidi Ismail
11. Prof Madya Dr Jamal Rizal Razali
12. Prof Madya Dr Mat Zin Mat Kib
13. Prof. Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh
14. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Keling
15. Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh
16. Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob
17. Prof Madya Dr Mohd Mahadee Ismail
18. Prof Madya Dr Mohd Nazir Md Zabit
19. Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid
20. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Khairani
21. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Salleh (B)
22. Prof Madya Dr Mohd Zaki Hamzah
23. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Hussin
24. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Hussin
25. Prof Madya Dr Mus Chairil Samani
26. Prof Madya Dr Nazarudin Zainun
27. Prof Madya Dr Nik Yusri Musa
28. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
29. Prof Madya Dr Rusdi Omar
30. Prof Madya Dr Saraswathy Chinnasamy @ Sara
31. Prof Madya Dr Saupi Man
32. Prof Madya Dr Shukeri Mohamad
33. Prof Madya Dr Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
34. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Zaidan
35. Prof Madya Dr Zairul Anuar Md. Dawam

57 Pensyarah kanan

1. Dr Abd. Rahim Romle
2. Dr Abdul Jalil Ali
3. Dr Abdul Syukor Mohamad Jaya
4. Dr Abu Zaki Ismail
5. Dr Abu Zarrin Hj Selamat
6. Dr Ahmad Irdha Mokhtar
7. Dr Aliakbar Gulasan
8. Dr Arnifa Semawi @ Asmawi
9. Dr Azizah Husin
10. Dr Azmi Arifin
11. Dr Ernie Mat Tokit
12. Dr Fadzila Abdul Hamid
13. Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
14. Dr Fakhrorazi Ahmad
15. Dr Ghazali Zainuddin
16. Dr Hailan Salamun
17. Dr Hamdan Aziz
18. Dr Hanif Md Lateh @ Junid
19. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
20. Dr Kamarul Azman Mohd Khamis
21. Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff
22. Dr Khairul Anwar Mohamad Khazali
23. Ir Dr M Effendy Yaacob
24. Ar Dr Mansor Surat
25. Dr Mashitah Mohd Udin
26. Dr Mohamad Nazri Abdul Halif
27. Dr Mohd Adnin Hamidi
28. Dr Mohd Afandi Mat Rani
29. Dr Mohd Faizal Abdul Khir
30. Dr Mohd Nor Husin
31. Dr Mohd Roshdi Hassan
32. Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
33. Dr Muhammad Azrul Zabidi
34. Dr Muhd Sharfi Najib
35. Dr Muhd Zuhairi Sulaiman
36. Dr Mushaddad Hasbullah
37. Dr Najahudin Lateh
38. Dr Nasrul Hadi Johari
39. Dr Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah
40. Dr Noor Afiza Mat Razali
41. Dr Noor Hasrul Nizan Mohammad Noor
42. Dr Norazli Muhamad Masrup
43. Dr Nordin Sakke
44. Dr Norfariza Ab Wahab
45. Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah
46. Dr Rafidah Hasan
47. Dr Raja Hisyamudin Raja Sulong
48. Dr Razali Muda
49. Dr Rizal Othman
50. Dr Samsudin Wahab
51. Dr Syarbaini Ahmad
52. Dr Syari Jamian
53. Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman
54. Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah
55. Dr Zahrul Akmal Hj. Damin
56. Dr Zainuddin Omar
57. Dr Zuraidah Zan

115 ilmuwan PhD ini adalah terdiri daripada para pensyarah di semua 21 universiti awam (IPTA) seperti berikut:

1. Universiti Utara Malaysia, Kedah (UUM)
2. Universiti Putra Malaysia, Selangor (UPM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor (UKM)
4. Universiti Malaysia Pahang, Pahang (UMP)
5. Universiti Malaysia Sabah, Sabah (UMS)
6. Universiti Malaya, KL (UM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor (UIAM)
8. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (USM)
9. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI)
10. Universiti Teknologi Mara, Selangor (UITM)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Melaka (UTEM)
12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, KL (UPNM)
13. Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA)
14. Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan (UMK)
15. Universiti Teknologi Malaysia, Johor (UTM)
16. Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia, Perak (USAS)
17. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu (UMT)
18. Universiti Malaysia Perlis, Perlis (UNIMAP)
19. Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan (USIM)
20. Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak (UNIMAS)
21. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor (UTHM)

Turut serta adalah ilmuwan PhD daripada 4 universiti dan kolej universiti swasta (IPTS) dan seperti berikut:

1. Universiti Multimedia, Selangor (MMU)
2. Universiti Industri Selangor, Selangor (UNISEL)
3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor (KUIS)
4. Kolej Universiti Bestari, Terengganu (UCB)

Turut serta adalah ilmuwan PhD daripada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Turut sama memberi sokongan kepada kami adalah 15 ilmuwan PhD yang merupakan pensyarah pesara dari pelbagai universiti seperti berikut:

3 Profesor Emeritus.

1. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Pesara UITM)
2. Prof Emeritus Dato’ Dr Isahak Haron (Pesara UM)
3. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (Pesara UITM)

7 Profesor.

1. Prof Dr Ab Aziz Yusof (Pesara UUM)
2. Prof Dr Ahmad Atory Hussain (Pesara USM)
3. Prof Dr Ismail Ibrahim (Pesara UMS)
4. Prof Dr Mansor Ahmad (Pesara UPM)
5. Prof Dr Mohd. Fauzi Mohd. Jani (Pesara UKM)
6. Prof Ir Dr Wan Ali Wan Mat (Pesara UPNM)
7. Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Pesara UKM)

5 Profesor Madya:

1. Prof Madya Dr Abdul Aziz Hussin (Pesara USM)
2. Prof Madya Dr Ahi Sarok (Pesara UNIMAS)
3. Prof Madya Dr Che Azemi Che Hamid (Pesara UITM)
4. Prof Madya Dr Jeniri Amir (Pesara UNIMAS)
5. Prof Madya Dr Shafaai Musa (Pesara UIAM)

Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong dari UKM, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dari UNISZA dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM dilantik sebagai jurucakap kumpulan terbabit.-SM

 

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button