fbpx
Politik

Petugas media berkumpul di hadapan kediaman Tun Dr. Mahathir

DEMI tugas yang perlu dilaksanakan. Sekumpulan media tempatan berkumpul di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang untuk mendapatkan perkembangan terbaharu berhubung senario politik yang berlaku hari ini.

Memetik laporan yang disiarkan secara live streaming oleh portal berita Malaysia Gazette (MG), wartawan di lapangan memberitahu, rakan-rakan media menunggu di pintu B dan kelihatan Datuk Seri Rina Harun masuk ke Mines Residence kira-kira pukul 8.20 pagi tadi.

Usaha para petugas media untuk mendapatkan perkembangan terkini atau pun menunggu kelibat Tun Dr. Mahathir, tidak memihak kepada para petugas media.

Sehubungan itu, laporan live streaming MG dihentikan buat sementara dan SM juga akan memberikan laporan perkembangan terkini dari masa ke semasa. – SM


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button