fbpx
Politik
Trending

Shafie sedia disaman Anifah

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berasa yakin dan bersedia untuk menghadapi saman daripada Datuk Seri Anifah Aman.

Ini kerana beliau yakin mempunyai bukti yang merangkumi dokumen kukuh berkaitan kontrak pemilikan tanah terhadap Yayasan Sabah.

Kontrak tersebut sebelum ini didakwa beliau diberikan kepada ahli keluarga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu termasuk pemilikan kilang disana berjumlah 50 peratus.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu tidak kisah dengan ugutan yang diberikan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

“Kita akan dedah semua apa yang terkandung sebuah syarikat yang dimiliki oleh Anifah Aman punya keluarga.


“Bagaimana di tengah-tengah 50,000 tanah Yayasan Sabah, di situ ada kilang – kilang tu dimiliki 50 peratus.

“Saya ingat data semua ada. Penyelewengan apa kita seleweng. Bukan saya seleweng, dia orang yang seleweng.

“Dia bawalah (perkara itu) di mahkamah. Kita ada bukti semua.

“ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) ada, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ada di situ, di mana mengatakan siapa milik syarikatnya.”

Demikian kata calon PRN Sabah di DUN Senallang itu seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shafie ketika berkempen di sana mendakwa ahli keluarga Anifah termasuk abangnya Tan Sri Musa Aman yang juga bekas Ketua Menteri dianugerahkan kontrak 100 tahun.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Anifah semalam dalam satu kenyataannya yang mendakwa tuduhan dilemparkan kepadanya adalah satu fitnah.

Malah, Anifah mendakwa Mohd. Shafie seperti terdesak menyatakan dakwaan sedemikiand demi meraih undi dan mendapat sokongan daripada rakyat Sabah.

Mohd. Shafie juga dianggap sebagai pengecut dan tidak bermaruah apabila menyatakan fitnah secara terbuka.

Justeru, beliau berhasarat mahu membawa isu ini ke muka pengadilan selepas pilihan raya nanti. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button