Jenayah

Gadis bawah umur sertai parti liar ditahan

POLIS membuat dua serbuan parti liar dan satu daripadanya melibatkan gadis bawah umur di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 5 dan 7 Jun lalu.

Serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 11.20 malam dan berjaya menahan 19 orang lelaki dan 2 wanita warga tempatan dan tiga lagi yang ditahan ialah warganegara Indonesia.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, empat daripada semua yang ditahan bertugas sebagai penjawat awam.

“Dua lelaki dan seorang wanita pula berada di bawah umur.

“Kita turut merampas 11 pil dadah ekstasi seberar 4.3 gram, sepaket plastik berisi dadah disyaki ganja (3.6 gram) dan dua paket dadah disyaki ketamin seberat 1.80 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rajab, ujian saringan air kencing mendapati 20 orang suspek ditahan positif dadah.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek warganegara asing pula ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ujar Rajab lagi, serbuan kedua pula dilakukan pada 7 Jun kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah komdominium di lokasi sama dan berjaya menahan lima lelaki dan lima wanita warga tempatan.

Jelasnya, kesemua mereka berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun dan menghadiri parti berkenaan melalui jempuatan Whatsapp serta tiada bayaran dikenakan.

Tambahnya, kesemua tangkapan di kedua-dua serbuan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk disiasat kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – SM

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button