fbpx
Jenayah

Penunggang motosikal maut dihempap pokok kelapa sawit

SEORANG warga emas maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang menunggang motosikal di sebuah ladang di Kampung Bakar Bata, dekat Ayer Tawar, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, mangsa, Mohd. Saleh Mat Ali, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.25 pagi.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – SM


 

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button