Hiburan

Zara Zya menangis dituduh bawa lari duit amal

Pelakon popular Zara Zya tidak dapat menahan sebak apabila membawa lari duit dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya iaitu Malaysia Prihatin.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, sejak dia menubuhkan NGO berkenaan memang ada pihak yang memandang serong terhadap niat ikhlasnya untuk membantu.

“Bila saya post, share benda-benda yang baik, tak ramai yang support. Tapi bila ada je posting yang sikit tak betul, berdesup manusia yang kondem.

“Lagi teruk orang kata saya menipu, bawak lari duit orang, bukan nak tolong orang, saya sedih sebenarnya,” jelasnya.

Tidak dapat menahan air mata, Zara memberitahu sejak kecil lagi dia suka bantu dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Ujarnya, kini dia menggunakan namanya untuk ajak lebih ramai orang bersama-sama dengannya membantu mereka yang memerlukan.

Menurutnya, dia juga telah membuat satu laman web khas iaitu www.malaysiaprihatin.com setelah ada yang mempertikaikan ke mana dana yang telah disumbangkan.

“Saya buat laman web ni nak memudahkan you all semua termasuk yang berada di luar negara untuk bank in secara mudah dan dapat resit.

“Saya nak menipu apa lagi, saya tunjuk semua yang saya buat. Orang yang kenal saya tahu saya macam mana. Janganlah kata saya macam-macam,” luahnya.

Pada masa sama, menerusi caption di posting video berkenaan, pelakon itu turut memohon maaf.

“Jauh dari sudut hati saya.. saya nak minta maaf. Saya tak ada niat untuk menyinggung hati sesiapa. Yang penting Allah tahu niat saya…,” ujarnya. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button