Hiburan

Dr. Nur Amalina sudah bertunang dengan jejaka British

RAKYAT Malaysia pakar bedah dekat sebuah hospital di London, United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri kini rasmi disunting teman lelakinya.

Beliau dipercayai bertunang dengan teman lelakinya yang merupakan seorang warga British.

Ini kerana, menerusi ciapannya Dr. Nur Amalina maklum akan mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia dan juga United Kingdom (UK).

“Teruja mahu merancang dua majlis perkahwinan (UK & Malaysia). #Engaged,” ciapnya.

Beliau berkata demikian mengumumkan pertunangan dalam Twitternya sebentar tadi.

BACA > Kumpul ‘subscriber’ tinggi tidak jamin pendapatan lumayan – Suara Merdeka

Bagaimanapun, Dr. Nur Amalina tidak memaklumkan nama tunangnya itu.

Namun, pengumumannya menarik perhatian netizen yang teruja dan mengucapkan tahniah atas pertunangannya.

Ciapannya mendapat perhatian apabila lebih 700 komen, 7,500 ciap semula dan 30,900 tanda suka.

https://twitter.com/DrAmalinaBakri/status/1292756527594508288

“Seikhlas tahnian kepada kamu dan Mr. A!

“Dalam situasi yang sukar dan tidak menentu sekarang, penting untuk merai dan mengeratkan hubungan dalam mengharungi susan dan senang bersama.

“Semoga kekal hingga je jannah,” ciap Mikhail Hafiz (@IMMikhailHafiz).

“Tahniah. Saya doakan kamu dan suami menjadi orang yang beriman kepada Allah,” kata suka komen (@abuhirairah).

BACA > Berhentilah kecam polis – pengasas Hot Burger – Suara Merdeka

“Wah. Sangat gembira apabila ada notification daripada Twitter yang mengatakan doktor kegemaran yang banyak berkongsi telah bertunang dan akan berkahwin.

“Tahniah doktor. Harap kekal bahagia ke jannah!” ucap Hafieza Rosidi (@hafiezarosidi).

“Tahniah! Semoga kamu akan bersanding dalam majlis impian,” ciap Barry Westerhout (@BarryWesterhout).

“Tahniah daripada kami semua di Malaysia!” ucap Joann Cheh (@ChehJoanna).

Dr. Nur Amalina cukup sinonim dan terkenal sebagi orang lantang menentang budaya dan petua pelik yang menjadi amalan rakyat Malaysia.

Malah, baru-baru ini juga beliau mengkritik kepercayaan bahawa pil ubat tahan sakit, Paracetamol mengambil masa sehingga lapan tahun untuk dihadam.

BACA > Kim Jong Un dah tak mampu nak jalan – Suara Merdeka

Namun, ada jasanya yang cukup menyentuh hati rakyat Malaysia apabila membantu membedah dan merawat bayi, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin.

Dr. Nur Amalina dan pasukan perubatannya membantu Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan ‘Germm Cell Tumour’ pada bahagian mulut.

Dengan kepakaran pasukannya di sebuah hospital di London, ketumbuhan tersebut berjaya dibuang bagi membantu Ainul Mardhiah menjalani kehidupan normal seperti bayi lain.

Sebelum ini, pada 2005, negara di menerima perkhabaran gembira apabila Dr. Nur Amalina dinobat sebagai pelajar genius.

Ini kerana, beliau berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan memperoleh 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2004.

Anak kelahiran Kelantan itu menduduki peperiksaan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor.

BACA > TEMCO: Jangan cepat sebar berita tidak sahih – Raja Muda Perlis – Suara Merdeka

Tahniah Dr. Nur Amalina daripada seluruh warga Suara Merdeka. – SM

(Visited 488 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button