Berita

Zunar disiasat polis

Kartunis Zulkiflee SM Anwar Haque atau pun lebih dikenali sebagai Zunar dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Padang Terap d Kedah, berhubung kartunnya.

Zunar berkata, ia mengenai kartunnya yang mengkritik kerajaan Kedah kerana membatalkan cuti umum untuk perayaan Thaipusam, yang diterbitkan di Facebook pada 23 Januari lalu.

“Polis telah buka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Maklumat.

“Saya akan hadir ke IPD Padang Terap pada jam 11 pagi, 2 Mei ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan berhubung “dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.”


Sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pada 21 Januari, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam susulan wabak Covid-19.

Keputusan itu menetuskan kemarahan sejumlah pihak, termasuk Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang dilaporkan berkata PAS – parti yang dianggotai Sanusi – perlu mendidikanya agar menjadi pemimpin untuk semua kaum.

Pada 25 Januari, seorang pegawai Sanusi memfailkan laporan polis terhadap Zunar berhubung kartun tersebut yang disifatkannya sebagai “memfitnah”.

Nurul Amin berkata Zunar boleh saja menghubungi pejabat menteri besar untuk mendapatkan penjelasan, berbanding melakar karikatur menyerupai Sanusi yang memotong sebuah meja yang sedang diduduki oleh masyarakat pelbagai kaum, diiringi kata-kata: “Orang Kedah hidup aman damai sebelum dia ni mai.”

(Visited 161 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button