BeritaEkonomiNasional

RM6.5bilion untuk KWSP cipta peluang pekerjaan – Dr. Mahathir

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM6.5bilion kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di bawah inisiatif #MalaysiaAtwork, khusus untuk mereka yang baharu menamatkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  generasi muda Malaysia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran atau bersedia untuk menghadapi kegawatan sosial-ekonomi.

“Peruntukan RM6.5bil untuk Malaysia At Work akan mencipta peluang pekerjaan untuk lima tahun ke hadapan.

“Program ini mempunyai kesan berganda jangka panjang menjangkau tempoh lima tahun – mencipta peluang pekerjaan, mencipta peluang untuk belajar, mencipta hubungan yang memerlukan kolaborasi,” kata beliau.

Dr Mahathir menambah, program itu akan dikendalikan oleh Kementeri Kewangan melalui KWSP dan dibantu oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Hal Ehwal Dalam negeri dan Sumber Manusia.

“Saya mahu menekankan tidak hanya kementerian yang tersebut bertanggungjawab ke atas program, saya berharap Kabinet akan mengambil langkah proaktif dan mengambil inisiatif memastikan kejayaannya.

“Jika ini berhasil, Malaysia At Work adalah jawapan bagi memacu kemajuan dan inklusif kebajikan sosial di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kebajikan Sosial 2019 di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, kemajuan yang dicapai tidak seharusnya dimanfaatkan oleh segelintir kelompok dan meminggir yang lain, terutama mereka yang baru menamatkan pengajian, wanita, belia dan mereka yang di dalam sektor kerja D.

Beliau memberi contoh mudah gangguan teknologi dan perubahan cuaca merupakan sesuatu yang harus diberi perhatian oleh negara.

“Hari ini teknologi telah menjejaskan begitu banyak industri, dengan syarikat terdapat mengubah cara lama bekerja atau berisiko menjadi tidak relevan.

“Kita mempunyai teknologi kewangan yang mengubah keseluruhan industri kewangan.

“Industri media, kaedah tradisional telah pupus sepenuhnya. Seluruh syarikat ditutup.

“Begitu juga dengan industri perubatan, robot menjadi lebih cekap berbanding pakar bedah dalam melaksanakan pembedahan mikro serta kompleks,” kata Dr. Mahathir.

“Bila sejumlah besar golongan muda menganggur, kita kehilangan potensi untuk menyumbang kepada negara, pelaburan untuk pendidikan terbazir, dan mewujudkan situasi yang tidak terkawal dan tidak stabil.

“Kita tidak boleh  membiarkan ini berlaku.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah melihat negara seperti Hong Kong, Beirut dan Santiago bagaimana golongan belia yang kecewa dengan keadaan ekonomi boleh membawa kepada konflik dan kekecohan, lebih buruk akan menjejaskan kestabilan ekonomi,” katanya.

Dr. Mahathir  juga berkata, definisi sektor 3D  juga akan diubah supaya menjadi “dignified, desirable dan dynamic”.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button