Rencana

Zahid calon TPM paling layak

INI moment luar biasa. Negara berada dalam situasi getir bagi membentuk kerajaan yang stabil dan memastikan tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi.

Soal moral bisa saja ditolak ke tepi, apatah lagi ketika negara berada situasi perang.

Calon yang paling sesuai mendampingi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sudah menunjukkan kesungguhan menyatukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya yang baru lepas.

Walaupun terdapat usaha memecahkan UMNO, Zahid akhirnya berjaya memastikan mereka kekal di dalam saf yang sama.

Memang perkara biasa selepas pilihan raya dengan keputusan yang buruk akan berlaku pertikaian, tetapi Zahid membuktikan beliau masih mampu mengawal UMNO dan BN.

Lagipun Zahid memang berpengalaman menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini dan ia adalah bonus bagi kerajaan perpaduan.

Berhubung kes mahkamah beliau belum diputuskan bersalah maka tidak adil Zahid dihukum terlebih awal.

Jika didapati bersalah sekalipun bukan satu masalah, Zahid hanya perlu mengosongkan jawatan berkenaan.

Dengan kedudukan beliau di dalam kerajaan akan memberi kelebihan kepada Zahid untuk berdepan pemilihan parti dijadualkan enam bulan lagi.

Zahid perlu diperkasakan supaya kepimpinan beliau terus diakui.

Ahli-ahli UMNO dan masyarakat umumnya akan lebih bersyukur jika kerajaan mampu menyelamatkan negara ini daripada kegawatan ekonomi berbanding kemelut dalam parti politik.

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button