Rencana

Tun M pemimpin UMNO dulu, kini, selamanya

Membina atau menghancur orang Melayu?

*DILEMA MELAYU.*

10 September 2022.
Putrajaya.
*SAIFUL BAHAR.*

1. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang Negarawan ataupun Stateman Negara yang terulung dan dihormati.

Perdana Menteri Malaysia paling lama dalam sejarah negara iaitu 22 tahun dan 22 bulan. 2 kali dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pasti, ini merupakan satu rekod yang amat sukar mahu dicabar ataupun dikalahkan.

2. Dengan menulis buku, *The Malay Dilemma,* Tun M berjaya memukau minda orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Terkini, dengan adanya Face Book, Tun M menggunakan Media Sosial untuk menyampaikan pandangan dan idea beliau kepada rakyat.

3. Tun M akan sentiasa diingati sebagai seorang Pemimpin Politik Negara yang telah berjaya mengubah negara Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri dengan kemajuan-kemajuan teknologi yang terkini.

Dasar pandang ke timur, telah berjaya membawa Negara kearah melakukan kerja-kerja mengikut etika orang-orang Jepun, selain daripada mendapat perhatian daripada negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Dasar *Buy British Last,* mengejutkan Britain dan Negara Penjajah ini bahawa Negara Malaysia, bukan sebuah negara yang kecil yang boleh dibuli begitu sahaja.

4. Kehebatan pidato, strategi dan idea-idea bernas Tun Mahathir, meletakkan Malaysia dipentas politik antarabangsa dan mendapat sanjungan pemimpin-pemimpin Negara-Negara ASEAN dan ASIA Pacific.

5. Kerajaan Awal Tun Mahathir yang dinamakan sebagai *KERAJAAN DUA M,* membawa kejayaan yang amat luar biasa.

Kerajaan 2 M, Mahathir-Musa hanya bertahan selama 6 tahun sahaja dari tahun 1981 sehinggalah tahun 1987, apabila akhirnya Musa Hitam bergabung dengan Ku Li untuk menentang Tun Mahathir, didalam pemilihan UMNO.

Ku Li lawan Tun M dan Ghafar Baba lawan Musa Hitam.

Ku Li dan Musa tewas nipis (41 dan 43 undi) dan UMNO berpecah dua menjadi *UMNO BARU* dan parti *SEMANGAT 46.*

6. Kehebatan Tun Mahathir memutar-belitkan nilai-nilai perjuangan orang-orang Melayu dan UMNO amat halus, tersusun dan penuh dengan strategi Ala-Machavellian.

*CARA MENGHALALKAN SEGALA-GALANYA.*

7. Tun M akan lakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Pada Pilihanraya Umum 2018, Tun Mahathir sanggup berada bersama pemimpin-pemimpin DAP, diatas pentas yang sama ketika DAP mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan mereka.

Tun Mahathir berjaya, memutarkan kepala dan otak rakyat dan orang-orang Melayu.

Tiba-tiba Tun, memberikan nafas baru kepada Parti DAP dan Pakatan Harapan, agar menerima mereka didalam PRU ke 14.

8. Kekuatan Minda Strategi Politik Tun Mahathir tiada tandingannya.

Pengaruh luar biasa yang ada pada Tun, juga tiada tandingan.

Kebanyakkan Rakyat Malaysia mengenali Tun M sebagai Perdana Menteri mereka lebih daripada 22 tahun.

9. Kehebatan Tun Mahathir terserlah apabila berjaya menumbangkan Kerajaan BN pimpinan Najib Razak.

Bukan sahaja strategi politik Tun M berkesan tetapi Tun juga begitu cekap dan bijak menutup jejak-jejak bagaimana mencari dana politik untuk UMNO dan keluarganya, sehinggakan ke hari ini, ketiga-tiga anak Tun kaya-raya dengan nilai kekayaan berbilion ringgit tetapi tidak dapat dihidu dari mana kekayaan ini dapat diperolehi.

Amat berbeza dengan Najib Razak, yang tidak mempercayai orang lain dan tidak menggunakan proxy dan sebaliknya menggunakan Akaun Peribadi di Arab Malaysia Bank, untuk menyalurkan dana politik kepada rakan-rakan politik BN dan UMNO.

10. Rakyat Malaysia yang cerdik pandai seharusnya sudah mula celik mata, untuk melihat bahawa politik Tun Mahathir ini sebenarnya membawa kepada kehancuran orang-orang Melayu dan Negara.

Tun hanya mengunakan alasan bahawa Parti UMNO yang ada sekarang, sudah tidak sama seperti parti UMNO yang dulu dari tahun 1946 hingga 2009.

Sebenarnya UMNO hari ini, adalah UMNO yang sama.

Pergaduhan Tun Mahathir kali ini, hanyalah dengan Najib Razak kerana ketika itu Najib adalah seorang Perdana Menteri UMNO dan Tun mahu jatuhkan Najib dan UMNO.

11. Dalam sejarah politik Tun Mahathir, Tun bergaduh dengan semua orang yang menghalang cita-cita politik dirinya.

*TUN MAHATHIR GADUH DENGAN TUANKU ABDUL RAHMAN.*
Tun M gaduh dengan Tuanku kerana Tun tuduh kononnya Tuanku terlalu liberal dengan orang-orang Cina.

Kononnya semangat Melayu Tuanku kurang. Tuanku lebih rapat dengan bangsa Cina.

*GADUH DENGAN TUN HUSSIEN ONN.*
Tun Mahathir tuduh Tun Hussien Onn sebagai Perdana Menteri yang paling lembab dalam membuat sebarang keputusan Kabinet.

*GADUH DENGAN KU LI.*
Tun M gaduh dengan Ku Li, kerana Tun M telah berjanji dengan Tun Razak, bahawa apabila Tun M jadi PM, Ku Li akan dilantik sebagai TPM.

Tun M mungkir janji sebaliknya membenarkan Musa Hitam lawan Ku Li dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO.

Dibelakang Ku Li, Tun M telah menyokong Musa Hitam didalam permilihan tersebut.

*GADUH DENGAN MUSA HITAM.*
Tun M gaduh dengan Musa Hitam kerana Tun M benarkan Ku Li lawan Musa, sebagai Timbalan Presiden sebanyak 2 kali.

Apabila Musa sudah menang kali pertama dan kedua sebagai Timbalan Presiden UMNO, Tun Mahathir tetap kekalkan Ku Li didalam Kabinet sebagai Menteri MITI.

Musa Hitam tahu, ini bertujuan untuk pastikan Ku Li akan sentiasa menjadi saingan kepada Musa.

Ini dinamakan Strategi Pecah dan Perintah.

*TUN M HARAMKAN UMNO.*
Tun M gaduh dengan separuh Ahli-Ahli UMNO yang menyokong Ku Li didalam pemilihan Presiden UMNO tahun 1987. Tun M menang dengan nipis, hanya 43 undi sahaja, apabila dicabar oleh Ku Li.

Apabila ada tindakan Mahkamah oleh pihak yang kalah.

Tun Mahathir bersetuju untuk *UMNO DIHARAMKAN*, agar separuh ataupun 40% daripada Ahli-Ahli UMNO yang tidak menyokong Tun M keluar dari UMNO dan ikut Ku Li, menubuhkan satu parti politik baru, dinamakan Semangat 46.

Ini memudahkan Tun Mahathir menguasai UMNO dan memerintah selama 22 tahun.

*GADUH DENGAN GHAFAR BABA.*
Tun M gaduh dengan Ghafar Baba apabila Tun M telah berjanji dengan Ghafar bahawa dia akan pastikan Anwar Ibrahim tidak akan lawan Ghafar jawatan Timbalan Presiden kerana ketika itu Tun Ghafar adalah seorang Timbalan Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim gunakan pelbagai helah untuk tetap lawan Tun Ghafar.

Tun Ghafar kalah dan kecewa dengan Tun Mahathir.

*GADUH DENGAN ANWAR IBRAHIM.*
Tun M kemudiannya gaduh pula dengan Anwar Ibrahim, walaupun sudah memerintah sebagai PM selama 17 tahun (1981-1998), Tun M masih belum puas hati lagi.

Ketika terdapat ura-ura Anwar Ibrahim mempersiapkan dirinya mahu melawan Tun Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO, Tun M mula mencari sesuatu untuk menumbangkan Anwar.

Akhirnya Anwar dipenjara dan Tun M terus memerintah sebagai PM sehingga tahun 2003 dan lepaskan jawatan kepada Tun Abdullah.

*GADUH DENGAN TUN ABDULLAH.*
Tun M gaduh pula dengan Tun Abdullah ataupun lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Antara sebabnya, Pak Lah tidak mahu teruskan Projek Jambatan antara Johor Bharu ke Singapura.

Akhirnya, Tun Mahathir kempen mahu jatuhkan Pak Lah untuk naikkan Najib Razak.

*GADUH DENGAN NAJIB RAZAK.*
Apabila Najib Razak naik jadi Perdana Menteri pada tahun 2009 menggantikan Pak Lah, selang beberapa tahun, Tun M gaduh pula dengan Najib.

Tun M minta Najib, naikkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya UMNO menang semula di Kedah.

Najib setuju dan lakukan pada PRU tahun 2013.

Tetapi bila Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan kalah. Kemarahan Tun M terhadap Najib semakin parah.

Pemilihan Naib Presiden UMNO dimenangi oleh Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammuddin, ketika itu.

*GADUH DENGAN UMNO SEMULA. UNTUK JADI PERDANA MENTERI.*

Selepas itu, Tun Mahathir gaduh semula dengan UMNO dan PM Najib Razak, ini dilakukan bertujuan untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Kerakusan Tun Mahathir mahu jadi PM semula, menghalalkan segala-galanya.

Tun M berdiri diatas pentas parti DAP untuk menghancurkan UMNO dan orang-orang Melayu.

Skandal kewangan Kes 1MDB dijadikan alasan besar untuk serang bertali-arus terhadap Najib Razak, UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Tema Kempen, *MAHU MENYELAMATKAN MALAYSIA,* dijadikan satu Naratif yang dijaja di seluruh negara.

*UMNO INI BUKAN UMNO YANG SAMA,* seperti dahulu, dijaja merata tempat.

Pemimpin UMNO rasuah. Parti UMNO rasuah. Segala-gala adalah buruk tentang UMNO.

Ini tidak benar dan tidak betul.

Naratif sebenar Tun Mahathir ialah mahu kembali jadi Perdana Menteri Malaysia kali ketiga ataupun paling tidak, mahu melihat anak kesayangannya, Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Rakyat jangan tertipu dengan Naratif Tun Mahathir ini.

Ini semua adalah helah Tun, untuk menjatuhkan UMNO dan merampas semula kuasa.

*DENGAN PM ISMAIL SABRI.*
Dengan PM Ismail Sabri, Tun Mahathir belum gaduh lagi kerana Tun belum dapat lihat sebarang keburukkan dan kelemahan PM Ismail Sabri.

Yang baru kedengaran, Tun Mahathir kata Ismail Sabri, tidak ada idea sebagai Perdana Menteri.

*KESIMPULANNYA.*

12. Secara keseluruhannya, Rakyat perlu berhati-hati dengan mainan politik dan naratif Tun Mahathir.

Sering Tun memainkan naratif seolah-olah mahu menyelamatkan Negara Malaysia tetapi sebenarnya …….

*Untuk Terus Berkuasa Di Negara Malaysia Ini.*

Untuk Tun Mahathir, yang jelas kelihatan wang ringgit tidak penting, yang penting adalah kuasa politik Perdana Menteri.

*POLITICAL POWER IS EVERYTHING FOR TUN MAHATHIR.*

*SEKIAN.*

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button