Nasional

YTF anjur siri kuliah umum

Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) akan menganjurkan beberapa siri kuliah umum pada setiap suku tahun bermula Oktober 2021 pada tahun ini.

Berikutan situasi pandemik semasa, kuliah-kuliah tersebut akan dilaksanakan secara atas talian dalam bentuk webinar sehingga keadaan kembali terkawal dan membolehkan penganjuran secara fizikal diadakan bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Inisiatif ini bakal memberikan fokus kepada tiga sasarannya iaitu di kalangan para wanita dan golongan wanita profesional, siswazah universiti dan juga pelajar sekolah, dalam platform-platform yang berlainan selaras moto YTF itu sendiri iaitu ‘Women In Search Of Excellence (WISE)’.

Keputusan tersebut dipersetujui oleh Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTF dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pengerusi yayasan berkenaan melalui dalam talian baru-baru ini.


Demikian menurut hebahan media yang disiarkan oleh pihak YTF hari ini.

Berangkat sama ialah Penasihat DiRaja YTF, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada Tan Sri Prof Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Datuk Yeoh Soo Min, Datuk Rajasekaran Murugaiah dan Datuk Charon Wardini Mokhzani.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa sesi sulung kuliah awam tersebut sedang dalam perancangan pelaksanaannya dengan kerjasama rakan strategik utamanya iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pihak terlibat akan mengenalpasti dan menjemput para penceramah bagi menyampaikan kuliah yang berkesan dan memberi impak yang positif kepada peserta.

Isi kandungan kuliah masih dikaji dan akan disusun-atur mengikut kesesuaian dan keadaan semasa supaya dapat memberi lebih manfaat kepada semua dalam mancapai potensi dari pelbagai aspek, baik secara individu mahupun sebagai masyarakat.

Sementara itu, pihak Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) sekali lagi memutuskan untuk tidak menghantar kelima-lima calon-calon pesertanya yang terpilih pada tahun lalu dan ditangguhkan ke tahun ini untuk ke ‘Program Latihan Kepimpinan Global Wanita Muda’ tahunannya selama lapan bulan ke Tokyo, Jepun sepertimana tiga tahun berturut-turut sebelum ini dengan kerjasama Josai International University (JIU) kerana situasi pandemik Covid-19 yang masih belum terkawal.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button