JenayahNasionalNegeri

Temui tengkorak, tulang di Limbungan Melaka

Polis menemui satu tengkorak dipercayai kepala manusia dan tulang berhampiran kawasan pantai ditambak di Encore, Limbungan, Melaka pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penemuan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 6.32 petang kejadian.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang sampai di tempat kejadian mendapati tengkorak dan tulang manusia ditemukan di atas pasir yang dikelilingi semak.

“Kedudukan antara tengkorak dan tulang itu kurang lima meter dan berada pada kedudukan kira-kira 200 meter dari pantai yang ditemui seorang saksi yang kebetulan lalu di tempat kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu tular dua klip video berdurasi 13 dan 16 saat diaplikasi TikTok hari ini mengenai penemuan tulang berkenaan.

Christopher berkata, hasil siasatan lanjut pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka turut menemui satu seluar jeans dalam keadaan separuh tertimbus dalam pasir berdekatan penemuan tulang berkenaan.

Menurutnya, polis mendapati tiada kes orang hilang (OH) dilaporkan di kawasan pentadbiran Balai Polis Melaka Tengah.

“Tengkorak dan tulang dihantar ke Forensik Hospital Melaka untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti mangsa,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang kehilangan saudara mara atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menhubungi balai polis berdekatan. – SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button